TINDAKAN pantas Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang lelaki setelah terjatuh daripada Jambatan Pertama Pulau Pinang malam tadi.
Mangsa diselamatkan krew botronda RH27 setelah dijumpai terkapai-kapai dan berjaya dinaikkan ke dalam bot berkenaan.

PPM Pulau Pinang menerusi hantaran di Facebook berkata, lelaki itu kemudiannya diberikan rawatan awal oleh kru bot berkenaan.
“Mangsa seterusnya dibawa balik ke Pengkalan Polis Marin Batu Uban dan diberi rawatan susulan oleh pihak ambulan,”kata kenyataan itu.
Mengulas lanjut, PPM Pulau Pinang berkata, walaupun ia bukan agensi peneraju dalam operasi mencari dan menyelamat di perairan, namun komitmen dalam respon masa yang pendek oleh kru botronda RH27 telah berjaya menyelamatkan mangsa.
Tambahnya, langkah itu juga mengelakkan berlakunya kehilangan nyawa wajar diberi penghargaan.

