Tangkap layar cermin bahagian pemandu Toyota Estima pecah dekat tanah perkuburan Lipat Kajang.

POLIS mengesan seorang penunggang motosikal Yamaha RX-Z kuning selepas mencuri RM6,500 dari sebuah kereta dalam satu kejadian pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek bertindak memecah cermin sebuah kereta Toyota Estima di tanah perkuburan Islam dekat Lipat Kajang, Klang, pada pukul 9 pagi.

Katanya, mangsa berusia 61 tahun telah meletakkan kereta dalam keadaan baik dan berkunci di kawasan tanah perkuburan itu.

“Selepas kira-kira 30 minit, mangsa kembali ke kereta dan mendapati cermin bahagian pemandu telah pecah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Baca artikel berkaitan: Lelaki ditahan polis selepas ubah plat BMS 3264 kepada BMS 326

Tambahnya, tiada sebarang bunyi penggera kereta sewaktu suspek memecah masuk dan jarak antara kubur yang dilawati mangsa dengan kereta kira-kira 100 meter sahaja.

“Mangsa kehilangan beg galas yang mengandungi kad pengenalan, kad lesen memandu, kad bank dan wang tunai sebanyak RM6,500,” katanya.

Hoong Fong berkata, mangsa tidak menyedari kejadian tersebut berlaku, tetapi anak mangsa telah terlihat kelibat penunggang motosikal Yamaha RX-Z kuning berlegar-legar di kawasan itu sebelum kejadian berlaku

“Menurut anak mangsa, suspek berbaju-T lengan dan berseluar pendek,” ujarnya.

Sehubungan itu, polis menjalankan siasatan bagi mengesan dan menangkap suspek.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram