PENYANYI Baby Shima berang apabila netizen di Instagram mengecam posting terbarunya yang melawat tanah perkuburan agama Kristian pada pagi Syawal.
Difahamkan, Baby Shima atau Nor Ashira Ramli,29, menziarahi pusara datuknya yang beragama Kristian.
Walau bagaimanapun, timbul salah faham apabila gambar yang dimuat naik itu mengundang bahan kecaman sehingga ada yang mempersoalkan status agama penyanyi kelahiran Johor Bharu itu.
Enggan membiarkan pengikutnya terus menabur fitnah pada bulan mulia, Baby Shima tampil memberikan kenyataan.
“Shima ada ramai atuk dan nenek. Ada yang Islam dan ada yang Kristian. Jadi tolong hormat sikit!
“Ustaz pun cakap tak salah kalau melawat kubur agama Kristian.
“Tapi korang pula yang macam ustaz sekarang ini”, kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Roadblock Hatiku itu.
Baby Shima juga turut mempersoalkan tindakan kurang bijak netizen yang sering melemparkan kritikan tanpa menilai kesalahan diri sendiri.
“Ramainya yang acah-acah ustaz menjatuhkan hukum.
“Susah bila rasa ilmu tinggi sangat. Semua tak kena!
“Bila kesalahan diri sendiri buat-buat tak nampak”, tambah penyanyi itu lagi.
Pada posting berbentuk video yang dimuat naik Baby Shima itu, kelihatan dirinya sayu melihat pusara atuknya setelah dua tahun tidak pulang melawat sempena Hari Raya Aidilfitri.
“Setelah dua tahun baru dapat pulang melawat atuk”, katanya pada kapsyen posting itu.
Dalam perkembangan lain, Baby Shima telah mengeluarkan muzik video single terbarunya berjudul Pulang di Youtube pada 29 April yang lalu.
Lagu ini juga digunakan sebagai muzik latar pada posting menziarahi pusara

