Seorang lelaki warga Pakistan ditemui maut awal pagi tadi. GAMBAR: BOMBA.

SEORANG lelaki warga Pakistan hilang selepas mandi di Empangan Semenyih pada Isnin lalu ditemui lemas awal pagi tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat Bahar Ali berusia 23 tahun itu ditemui terapung berhampiran tebing empangan.

Katanya, bomba telah menerima panggilan kecemasan melibatkan seorang lelaki yang lemas ketika sedang bermandi pada hari Isnin kira-kira pukul 5.40 petang.

Baca artikel berkaitan: Kes tembak di hotel: Seorang direman, dua lagi dicari

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bersama jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pada jam 8.55 pagi tadi, bomba menerima laporan daripada Ibu Pejabat Daerah Kajang bahawa mangsa telah ditemui di tebing empangan kira-kira 150 meter dari jarak kawasan mandi,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa dibawa naik ke tebing pada pukul 10.25 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mayat diserakan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram