Kes, kematian akibat denggi di Malaysia meningkat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JUMLAH kumulatif kes penyakit denggi di Malaysia mencatatkan peningkatan signifikan iaitu sebanyak 3,672 jangkitan atau naik 39.6 peratus berbanding tahun lalu. 

Bagi tahun ini, sebanyak 12,942 kes telah dilaporkan berbanding 9,270 yang dikesan bagi tempoh sama tahun lalu. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, 1,021 kes denggi dikesan pada minggu epid ke-17 tahun ini. 

Kata beliau, jumlah berkenaan merupakan peningkatan 54 kes daripada yang dikesan pada minggu epid ke-16 iaitu sebanyak 967 kes. 

“Jumlah kumulatif kematian akibat denggi sehingga minggu epid ke-17 juga naik dua kes kepada tujuh kematian berbanding lima yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu. 

“Penyakit denggi adalah penyakit jangkitan virus yang disebar melalui gigitan nyamuk Aedes yang telah dijangkiti. 

“Pesakit boleh mengalami gejala seperti demam, ruam merah di kulit, sakit kepala, sakit pada bahagian belakang mata, sakit sendi, sakit otot, pendarahan di bawah kulit, hidung, dan gusi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Baca artikel berkaitan: 10,619 kes sembuh Covid-19 semalam – Dr. Noor Hisham

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan rumah kediaman bebas daripada tempat pembiakan nyamuk. 

Menurut beliau, cara terbaik adalah membersih atau melupuskan bekas yang boleh menakung air; pastikan saliran atap sentiasa mengalir; pastikan tangki air dan bekas tadahan air sentiasa ditutup atau ditabur racun atau bahan pembunuh jentik-jentik. 

Selain itu, Dr. Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai menggunakan bahan repelan untuk mencegah gigitan nyamuk Aedes apabila berada di luar rumah. 

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga ingin menasihatkan pengamal perubatan bahawa pesakit yang mengalami demam berterusan perlu melakukan kiraan darah penuh pada hari ketiga. 

“Sekiranya pesakit disyaki menghidapi demam denggi berdasarkan ciri klinikal dan ujian darah, pesakit perlu diberikan kad pengawasan denggi dan melakukan ujian kombinasi denggi,” jelas beliau. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: 3,565 petugas PDRM digerakkan sempena undi awal

SERAMAI 3,565 petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal digerakkan bagi melaksanakan pelbagai penugasan sepanjang proses pengundian awal sempena Pilihan...

More Articles Like This