Nur Dhabitah Sabri menyumbang emas pertama negara di Sukan SEA Hanoi apabila mengungguli acara 1 meter papan anjal sebentar tadi./Gambar Bernama

PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri menyumbang emas pertama negara di Sukan SEA Hanoi apabila mengungguli acara 1 meter papan anjal.

Acara tersebut berlangsung di Pusat Akuatik My Dinh, sebentar tadi.

Kejayaan atlet Olimpik negara itu menepati ramalan ramai dalam misi kontinjen Malaysia meraih 36 emas.

Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri menepati ramalan untuk mencul penyumbang emas pertama negara di Sukan SEA Hanoi. GAMBAR: BERNAMA

Baca: Sukan SEA: Sasaran 36 emas mampu dicapai – Peja

Sukan SEA: Nur Dhabitah sandaran penyumbang pingat emas pertama negara esok

Tambah manis, seorang lagi atlet terjun negara dalam acara tersebut, Kimberly Bong menyumbang perak.

Gangsa pula diraih atlet terjun Vietnam, Ngo Phuong Mai.

Aksi Nur Dhabitah terlalu unggul buat pencabar Asia Tenggara apabila beliau meraih 290.45 mata.

Kimberly memperoleh 230 mata manakala penerjun tuan rumah 6 mata di belakangnya.

Baca: Terlepas gangsa, tapi Dhabitah menangi hati rakyat Malaysia

‘’Syabas Nur Dhabitah! Senyumlah…’’ – Muhyiddin

‘Saya dah lama tak ada kena mengena dengan si dia’

Nur Dhabitah berpeluang merangkul pingat emaskedua di Hanoi apabila bakal bergandingan dengan Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10 meter platform seirama pada Rabu ini di venue sama.

Dicampur emas yang diraih hari ini, Nur Dhabitah, 22, telah memiliki lima pingat emas Sukan SEA kesemuanya.

Pada Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu, Nur Dhabitah menawan hati rakyat Malaysia menerusi kesungguhan tinggi yang ditunjukkan sehingga berjaya menamatkan saingan di kedudukan keempat terbaik.

Meski pun pulang tanpa pingat Olimpik, Nur Dhabitah yang terkenal dengan senyuman manis meraih pujian setelah memberikan terjunan konsisten sepanjang pusingan final.