Sukan SEA: Malaysia raih emas kedua

Dari Penulis

SUKAN terjun menyumbang emas kedua buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Hanoi.

Jika tadi Nur Dhabitah Sabri mengungguli acara 1 meter papan anjal, terbaru gandingan Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang pula menduduki tempat pertama dalam acara 3 meter papan anjal seirama lelaki.

Acara tersebut berlangsung di Pusat Akuatik My Dinh, sebentar tadi.

Baca: Nur Dhabitah sumbang emas pertama negara di Sukan SEA

Sukan SEA: Sasaran 36 emas mampu dicapai – Peja

Malaysia rangkul pingat emas kedua menerusi gandingan Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki./Gambar BERNAMA

Yi Wei dan Tze Liang mencatatkan 395.79 mata, jauh meninggalkan pesaing terdekat yang juga gandingan atlet terjun tuan rumah iaitu Nguyen Tung Duong-Phuong The Anh.

Gandingan Vietnam itu memperoleh 305.64 mata

Tiada pemenang pingat gangsa apabila hanya dua negara bertanding dalam acara itu.

Pada Sukan SEA Hanoi, Malaysia meletakkan sasaran 36 emas dengan sukan terjun antara acara tumpuan kontinjen negara bagi mencapai sasaran tersebut.

Esok, Tze Liang akan meneruskan cabaran kem terjun negara apabila bakal turun beraksi dalam acara 1m papan anjal individu lelaki di venue sama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This