Selain di Malaysia, J&T turut beroperasi di beberapa negara di rantau ini. - Gambar Internet

NAMA syarikat kurier J&T Express sememangnya terkenal kerana sering digunakan oleh penghantar barangan kepada para pembeli dalam talian.

Walaupun sebelum pernah viral pekerjanya pernah divideokan menguruskan barangan kiriman dengan cara tidak betul iaitu melempar-lemparkan barangan di stor, tetapi masalah itu telah selesai apabila kakitangan J&T secara beramai-ramai meminta maaf kepada pelanggan.

Bagaimanapun, pengalaman saya kali ini agak menarik kepada mengikut nasihat sahabat agar membeli baju raya secara dalam talian sahaja menerima padah.

Bagi menyambut Aidilfitri, saya telah membuat dua tempahan baju raya dari salah sebuah syarikat terkenal secara online di www.orlando.com.my.

Baju raya yang pertama ditempah pada 21 April lepas iaitu baju kurta raya jenama Orlando dan baju raya kedua ditempah dua hari selepas itu iaitu sepasang baju Melayu.

BAJU raya kurta yang ditempah tetapi sampai sekarang belum sampai.

Hasilnya kedua-dua baju raya itu tidak sampai kepada saya seperti yang diharapkan.
Baju raya pertama adalah yang paling bermasalah kerana sehingga hari ini (9 Mei 2022), baju yang ditempah pada 21 April masih keluar dan masuk pusat transit atau CDC J&T dengan status “Outbound, Inbound”.

TIGA aduan dibuat di bahagian Complaint Centre laman web J&T

Selepas menyedari kesilapan tersebut, saya terus membetulkan di dalam laporan aduan melalui laman web dan juga chat dan ejen yang menjawab mengakui sememangnya ada aduan itu diterima dengan alamat yang lengkap.

Apabila pertanyaan dibuat kepada Orlando, mereka menyatakan masalah berlaku di pihak kurier dan pihaknya tidak dapat membantu walaupun telah berusaha untuk mengambilnya sendiri di pusat kurier J&T tersebut.

Seperti biasa apabila kita cuba menghubungi talian syarikat kurier tersebut, sudah tentu tiada siapa yang akan mengangkat kecuali mesin yang akan meminta pelanggan bersabar dengan kelewatan penghantaran barang kerana jumlah penghantaran yang tinggi.

Sebenarnya masalah berpunca dari kesilapan saya mengisi alamat yang hanya memasukkan nama jalan dan kawasan tetapi tidak memasukkan nama taman. Bagaimanapun, jika di google atau waze, hanya ada dua nama ajalan itu di Lembah Klang. Satu di Taman Botanic Klang dan satu lagi di Sungai Buloh (rumah saya).

Maka aduan dibuat melalui ‘Complaint Centre’ di laman web Pusat Aduan https://www.jtexpress.my/, termasuk memohon agar baju raya itu dikembalikan kepada penjual asal, tetapi masih juga status barangan ‘outbound’ dan ‘inboound’ di merata-rata pusat J&T.

Aduan melalui aplikasi chat juga tidak mendatangkan sebarang hasil kerana pengendali chat/ejen menyatakan segala aduan akan diproses selepas tiga hari aduan dibuat.
Hari ini, bukan sudah tiga hari tetapi tiga minggu…!!

JIKA ingin chat sekarang, lupakan sahaja hasrat anda.

Jika cuba menghubungi menggunakan aplikasi chat, tentu apa yang anda akan nampak adalah “aplikasi chat ditutup atau ejen kami sedang sibuk”.

Apa yang dikesali langsung tiada telefon atau e-mel atau sebarang makluman mengenai masalah barangan saya itu walaupun telah beberapa aduan dibuat melalui laman web dan chat.

Bagi baju raya kedua, juga saya menghadapi masalah tetapi masalahnya adalah di tempat penjual sendiri yang ‘telah menelefon’ saya dan memaklumkan stok mereka kehabisan (walaupun di laman web tidak menyatakan demikian) dan saya meminta tempahan itu dibatalkan.

Maka, inilah pengalaman pertama saya membeli baju raya online dan sudha tentu akan serik melakukannya lagi di masa depan.

Sudah tentu perkara ini tidak terjadi kepada saya seorang sahaja. Seorang pelanggan Jeremy Dileh turut membuat aduan di Facebook J&T Malaysia seperti yang saya lakukan.

“Parcel lain yg harga murah sudah sampai.. parcel yg 1 ni 620001425579110 belum sampai-sampai dari bulan lalu..mungkin sudah kena curi,” katanya di laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, tiada jawapan dengan J&T mengenai aduan-aduan di laman sosialnya, kecuali akan dipadam selepas mereka menyedari kehadiran aduan tersebut.

Berikut ialah rekod pergerakan ‘baju raya’ saya.

Tracking Number: 630664285644

Courier Company: J&T Express

9 May 12:23 PM – Inbound (Drop Point CDC SHAHALAM 302 – PETALING)
9 May 12:23 PM – Inbound (Drop Point CDC SHAHALAM 302 – PETALING)
4 May 08:24 AM – Outbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
4 May 08:24 AM – Outbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
3 May 06:14 PM – Inbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
3 May 06:03 PM – Inbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
29 Apr 01:03 AM – Inbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
28 Apr 01:22 PM – Outbound (Drop Point CDC SHAHALAM 302 – PETALING)
28 Apr 01:21 PM – On Hold – Sorted parcel wrongly (Drop Point CDC SHAHALAM 302 – PETALING)
27 Apr 05:24 PM – On Hold – Out of shop/office’s business hour (Drop Point CDC SHAHALAM 302 – PETALING)
27 Apr 09:25 AM – Inbound (Drop Point CDC SHAHALAM 302 – PETALING)
27 Apr 01:25 AM – Outbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
26 Apr 09:16 PM – Inbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
26 Apr 05:52 PM – Inbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
26 Apr 07:49 AM – Outbound (Drop Point CDC KLANGJAYA 303 – KLANG)
26 Apr 07:31 AM – On Hold – Routing code is wrong (Drop Point CDC KLANGJAYA 303 – KLANG)
26 Apr 07:09 AM – Inbound (Drop Point CDC KLANGJAYA 303 – KLANG)
25 Apr 06:44 PM – Inbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
25 Apr 06:33 PM – Inbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
25 Apr 03:53 PM – Outbound (Drop Point CDC SHAHALAM 302 – PETALING)
25 Apr 03:52 PM – On Hold – Sorted parcel wrongly (Drop Point CDC SHAHALAM 302 – PETALING)
25 Apr 04:01 AM – Outbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
24 Apr 06:40 PM – Inbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
24 Apr 06:14 PM – Inbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
24 Apr 04:05 PM – Outbound (Drop Point CDC SHAHALAM 302 – PETALING)
24 Apr 03:59 PM – On Hold – Routing code is wrong (Drop Point CDC SHAHALAM 302 – PETALING)
23 Apr 05:37 PM – On Hold – Out of shop/office’s business hour (Drop Point CDC SHAHALAM 302 – PETALING)
23 Apr 05:30 PM – On Hold – Out of shop/office’s business hour (Drop Point CDC SHAHALAM 302 – PETALING)
23 Apr 05:48 AM – Outbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
22 Apr 11:53 PM – Inbound (Transit Center SHAHALAM GATEWAY – PETALING)
22 Apr 12:02 AM – Outbound (Transit Center SGR GATEWAY – KUALA SELANGOR)
21 Apr 11:57 PM – Inbound (Transit Center SGR GATEWAY – KUALA SELANGOR)
21 Apr 11:47 PM – Inbound (Transit Center SGR GATEWAY – KUALA SELANGOR)
21 Apr 02:28 PM – Outbound (Drop Point PCP J-AVENUE 419 – HULU LANGAT)
21 Apr 02:24 PM – Picked Up (Drop Point PCP J-AVENUE 419 – HULU LANGAT)