Akhirnya baju raya sampai.., terima kasih J&T Express

Dari Penulis

MASALAH penghantaran barang lambat ketika musim perayaan sememangnya dijangkakan oleh kebanyakan pembeli barang dalam talian. Itulah yang terjadi kepada baju raya yang penulis tempah, baju itu masih tidak ke mana-mana, kecuali inbound-outbound di pusat kurier.

Bagaimanapun, selepas membuat aduan di UtusanTV semalam, akhirnya parcel yang mengandungi baju raya penulis ‘terpaksa’ mengucapkan ‘selamat tinggal’ pusat transit atau drop point J&T Express apabila hari ini ia hadir di hadapan rumah.

Sememangnya masalah ini berpunca dari penulis yang tidak meletakkan alamat Taman Saujana Utama tetapi hanya meletakkan nombor rumah dan nama jalan ‘Jalan Cemara 4, 47000 Sungai Buloh Selangor’ yang menyebabkan sistem pengkomputeran J&T tidak tahu ke mana hendak diarahkan bungkusan itu.

Bagaimanapun, selepas menyedarinya penulis telah memperbetulkan alamat penuh melalui aduan di laman web dan chat, tetapi mungkin ia tidak diterima oleh bahagian ‘sorting’ dan penghantaran.

BERITA BERKAITAN Aku sehelai baju raya… Selepas 3 minggu, masih ‘in-bound, out-bound’ di J&T Express

Maka bermulalah perjalanannya dari pusat transit Hulu Langat ke Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Shah Alam – maka berpusing-pusinglah bungkusan tersebut ‘outbound’ (keluar) dari pusat penghantaran dan ‘inbound’ (masuk balik) kerana tidak tahu ke mana ia akan dihantar.

Selepas beberapa aduan dibuat dalam laman web, chat dan telefon (tidak berangkat) hingga mengambil masa tiga minggu, maka penulis membuat aduan secara menulis di UtusanTV dan berkongsinya di beberapa media sosial seperti Twitter dan Facebook.

Maka, hasilnya, pagi ini penulis mendapat panggilan telefon dari seorang kakitangan J&T yang menyatakan akan menghantar barangan saya hari ini juga.

Alhamdulillah, sampai juga baju raya itu. Terima kasih J&T. Apa-apa pun saya tidak serik membuat tempahan dalam talian kerana ia adalah cara hidup masa kini. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Satu ID untuk kuasai semuanya: MyDigital ID ‘hadiah’ atau kuda Trojan?

JIKA anda cuba memperbaharui cukai jalan minggu lalu dan dipaparkan mesej timbul “Oops! Something went wrong”, anda bukan bersendirian....

More Articles Like This