LRT Kelana Jaya tergendala akibat kerosakan sistem brek hidraulik

Dari Penulis

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya  yang tergendala lebih empat dan menjejaskan kira-kira 12,000 penumpang pagi ini, disebabkan tren terkandas kerana mengalami kebocoran angkup (caliper) brek hidraulik.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Amir Hamdan berkata kebocoran tersebut menyebabkan cakera brek tidak boleh dilepaskan dan perlu dilakukan secara manual oleh pasukan penyenggara.

“Kami ingin meminta maaf kepada penumpang kami atas kelewatan dialami mereka pagi ini, yang menjejaskan rutin pekerjaan mereka.

“Kami amat kesal atas kesulitan dan kerisauan yang disebabkan oleh insiden tersebut,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau juga mengumumkan bahawa penumpang yang terjejas layak mendapat baucer bayaran balik perjalanan satu hala di mana-mana kaunter stesen LRT dan baucer itu sah untuk tempoh lima hari bermula hari ini, serta boleh digunakan di semua laluan tren Rapid Rail.

BERITA BERKAITAN Siasatan komprehensif susulan runtuhan perancah LRT3

Amir berkata Rapid Rail telah melantik khidmat pakar luar bermula awal tahun ini bagi menjalankan penilaian menyeluruh terhadap penambahbaikan sistem rel dan hasilnya akan dikongsi dengan pihak berkepentingan dalam masa terdekat.

“Kami mahu memberi perkhidmatan terbaik pada sepanjang masa dan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan pengangkutan rel adalah selamat,” katanya.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya tergendala bermula pukul 8.16 pagi tadi disebabkan sebuah tren terkandas di stesen LRT Taman Jaya. Perkhidmatan pulih sepenuhnya pada 1.26 tengah hari setelah kerja pengalihan tren selesai. 

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia, Tatarstan teroka kerjasama strategik sektor tenaga, halal

MALAYSIA dan Republik Tatarstan bersetuju meneroka peluang memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai sektor termasuk tenaga, perdagangan, pelaburan, pendidikan dan...

More Articles Like This