Shireen Abu Akleh, 51, bertugas sebagai wartawan Al Jazeera ditembak mati ketika membuat liputan serbuan Israel di bandar Jenin pada Rabu./Gambar media sosial.

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, di Jenin di wilayah diduduki di Tebing Barat.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata pembunuhan itu amat tidak wajar dan kejam yang jelas memperlihatkan jenayah berterusan dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

“Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya dalam catatan Twitter beliau hari ini.

Kata Saiduddin, Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Shireen dan rakyat Palestin.

Shireen Abu Akleh, 51, bertugas sebagai wartawan Al Jazeera ditembak mati ketika membuat liputan serbuan Israel di bandar Jenin pada Rabu.

Seorang lagi wartawan, Ali Al-Samoudi turut cedera ditembak, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.