PENYANYI dan pengacara Sissy Imann meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap segelintir individu yang gemar merendahkan kejayaan orang lain.

Menerusi ciapan di laman sosial Twitter miliknya, Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil,26, berpendapat, dia berhak untuk berasa bangga dengan apa yang telah dicapai sehingga kini biarpun hanya sekecil kejayaan.

“Orang yang suka memperkecilkan kejayaan orang lain ni, barai la.

“Tak kira la kalau kau dah lalui segalanya seratus kali pun. Umur kau pun dah tua. Layak la kau lagi bagus pun.

“Bagi la peluang kepada orang yang pertama kali dapat kejayaan itu nak bergembira. Bukan kacau hidup kau pun?,” luah Sissy.

Tambah Sissy lagi, dia turut mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang tidak memberi sokongan terhadap sesuatu kejayaan yang dikongsikan orang lain.

“Tahu lah awak dah tak heran dengan benda yang kita dah capai.

“Boleh terus buat tak heran kot daripada tak puas hati ja.

“Tak bahagia ke dengan kehidupan yang dah mencapai macam-macam tu?,” tambah pelantun lagu Namaku Padamu itu.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan ciapan tersebut ditujukan kepada siapa.

Untuk rekod, Sissy pernah menyertai program realiti nyanyian, Big Stage musim pertama bersama penyanyi lain seperti Arif Bahran, Sarah Suhairi dan ramai lagi.