
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai didera penjaga di sebuah rumah dekat Pandan Perdana, Ampang Jaya.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kisah penderaan itu terbongkar selepas pengadu terdengar suara tangisan yang kuat kira-kira pukul 1 petang semalam.
“Pengadu telah membuat pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan cedera di bahagian muka dan badan mangsa sebelum membuat laporan polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Lelaki parah jatuh ke dalam longkang ketika panjat pokok mangga
Tambahnya, kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Wad Pediatrik Hospital Ampang untuk pemerhatian lanjut.
Beliau berkata, suspek yang disyaki seorang lelaki berusia 40-an dan telah menjaga mangsa sejak awal Januari tahun ini.
“Suspek adalah penjaga sementara susulan ibu bapa mangsa sedang menjalani hukuman penjara di atas kesalahan dadah,” ujarnya.
Mohamad Farouk berkata, polis kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang masih lagi bebas.
Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001.
Sehubungan itu, polis menyeru saksi berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi IPD Ampang Jaya di talian 03- 42892222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram