SEORANG lelaki warga Myanmar yang aktif terlibat dalam kegiatan curi kereta model lama ditahan di tempat letak kereta Jalan Seri Taming, Kajang, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, modus operandi dipercayai mensasarkan kereta model lama yang di parkir di kawasan sunyi.
Katanya, mangsa telah meletakkan kereta jenis Proton Iswara di Jalan Perdana 8/3, Pandan Perdana pada pukul 6.30 petang kelmarin.
Bagaimanapun, pada pukul 9 pagi semalam, mangsa dapati kereta miliknya tiada di tempat yang diletakkan dan disyaki telah dicuri.
Baca artikel berkaitan : Geng Ah Beng curi kereta mewah dua minit tumpas
Beliau berkata, suspek berusia 24 tahun ditangkap bersama kereta yang dilaporkan hilang dan beberapa kunci kenderaan dalam operasi pukul 1.30 pagi tadi.
“Kesemua barang rampasan telah di bawa ke Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau jenayah dan narkotik.
“Suspek juga positif dadah jenis methamphetamine,” tambahnya.
Katanya, uspek telah di bawa ke Mahkamah Ampang bagi permohonan reman dan kes disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

