Pegawai Kesihatan memberikan suntikan Vaksin kepada sebahagian kanak-kanak pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) 5 Hingga 12 Tahun di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 1,058,626 atau 29.8 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1,644,027 kanak-kanak atau 46.3 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,904,772 (93.4 peratus) telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,002,404 (96.5 peratus) dari kumpulan yang sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh sama, sejumlah 16,064,239 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,971,113 (97.6 peratus) telah lengkap dua dos dan 23,246,597 (98.8 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Baca artikel berkaitan: Lebih 28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 23,148 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 9,511 dos pertama, 12,441 dos kedua dan 1,196 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,678,279. 

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, tiga kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Johor manakala satu kes di Selangor.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram