PM arah KPT, KKM selesaikan isu pengiktirafan graduan farmasi Universiti Alexandria

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan (KKM) memuktamadkan penyelesaian berhubung isu pengiktirafan kelayakan program Doktor Farmasi (PharmD) di Universiti Alexandria, Mesir.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan mengambil maklum aduan dikemukakan pelajar bidang farmasi di Universiti Alexandria berhubung pengiktirafan kelayakan program (PharmD) untuk tujuan pendaftaran dan amalan profesional di Malaysia.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, isu berkenaan perlu diselesaikan segera demi kepentingan pelajar yang terlibat.

Ketika ini, katanya, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) tidak mempunyai halangan terhadap pengiktirafan akademik program berkaitan.

“Bagaimanapun, pengiktirafan profesional untuk tujuan pendaftaran sebagai ahli farmasi memerlukan pertimbangan dan persetujuan Lembaga Farmasi Malaysia.

“Justeru, KPT dan KKM perlu menyelesaikan isu ini secara tuntas selaras dengan gagasan MADANI yang menuntut keadilan, ihsan dan kebijaksanaan dalam setiap keputusan yang menyentuh masa depan rakyat.

“Ia tanpa menjejaskan standard profesional yang ditetapkan bagi bidang farmasi,” katanya dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, media melaporkan empat pelajar Malaysia tidak dapat menduduki peperiksaan ‘Poison Law’ pada tahun lalu ketika berada di tahun keempat pengajian susulan program yang diikuti mereka tidak diiktiraf oleh LFM.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This