Jarrod Bowen berjaya menghasilkan 12 gol musim ini. - Gambar West Ham United

IMPIAN Manchester City untuk menjarakkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris ranap apabila sekadar seri 2-2 dengan West Ham United malam tadi.

Skuad kendalian Pep Guardiola yang garang mengasak kubu pertahanan West Ham pada babak awal pertahanan gagal menghasilkan sebarang gol.

Sebaliknya, West Ham yang hanya menunggu peluang untuk melakukan serangan balas berjaya menghasilkan gol pertama hasil jaringan Jarrod Bowen pada minit 24.

Bowen yang menerima hantaran lambung daripada Pablo Fornas bijak memanipulasi kealpaan pertahanan City yang pincang tanpa tonggak utama mereka, Ruben Dias dan John Stones yang direhatkan akibat kecederaan.

Melihat pemain tengah City yang juga kapten pasukan, Fernandinho serta Oleksandr Zinchenko yang kerap kali ‘mabuk’ ketika bertahan, Bowen sekali lagi memanipulasi kelemahan itu dengan menyumbat gol pada minit 45 perlawanan.

Dengan gerakan bola lambung yang sama, Bowen bijak menyumbat gol kedua menewaskan penjaga gol, Ederson Moraes.

Baca artikel berkaitan: EPL: Manchester United lunyai ‘diayamkan’ Brighton

Bermula separuh masa kedua, Pep masih lagi menggunakan skrip yang sama, terus mengasak dan berkampung di kawasan pertahanan West Ham.

Strategi itu membuahkan hasil apabila pemain sayap City, Jack Grealish berjaya menghasilkan gol hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-49.

Begitupun, West Ham yang direncana David Moyes nyaris menjarakkan kedudukan apabila kedunguan Fernandinho hampir membuatkan penyerang, Michail Antonio menjaringkan gol.

Asakan demi asakan City berjaya membuahkan hasil apabila sepakan percuma bintang sensasi Algeria, Riyad Mahrez ditanduk masuk oleh pertahanan West Ham, Vladimir Coufal pada minit 69.

Pada minit 86, City memperoleh sepakan penalti selepas Gabriel Jesus dikasari dalam kotak penalti West Ham.

Begitupun, sepakan penalti Mahrez berjaya diselamatkan penjaga gol, Lukasz Fabiaski sekaligus memberi kelegaan kepada penyokong Liverpool yang mengharapkan sekurang-kurangnya City seri dalam perlawanan semalam.

Keputusan lain perlawanan semalam:

Tottenham Hotspur vs Burnley: 1-0

Aston Villa vs Crystal Palace: 1-1

Leeds United vs Brighton and Hove Albion: 1-1

Watford vs Leicester City: 1-5

Wolverhampton Wanderers vs Norwich City: 1-1

Everton vs Brentford: 2-3

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram