Lia Aziz Berdiri Atas Bakat Sendiri,Tak Tumpang Populariti Khai Bahar

Dari Penulis

PENYANYI muda Lia Aziz baru-baru ini tampil dengan lagu Kaulah Syurga duet bersama Khai Bahar yang turut dijadikan lagu runut bunyi (OST) drama 7 Hari Mencintaiku 3.

Lia atau nama sebenarnya Nur Aliah Faizana Abd Aziz memberitahu bahawa gadingannya bersama Khai dalam lagu itu bukanlah tiket untuk menumpang populariti selepas dia dikritik oleh netizen apabila tersingkir daripada program realiti nyanyian Big Stage musim ke-4 yang lalu.

“Untuk mereka yang fikir saya menumpang populariti Khai memang saya tak boleh nak berkata apa.

“Tetapi sejujurnya bukan kami memilih untuk bergandingan bersama, Kak Siti Rosmizah (penulis lirik) yang memilih kami. Alhamdulillah ramai memberi reaksi positif di Youtube yang mengatakan suara kami murni bersama,” katanya kepada URTV.

Menurut penyanyi lagu popular Kucu Kuca itu lagi, dia telah dilamar oleh Siti Rosmizah untuk menyanyikan lagu tersebut sebelum menyertai Big Stage.

“Sebenarnya saya mendapat tawaran untuk menyanyikan lagu Kaulah Syurga ini sebelum masuk Big Stage. Tetapi waktu itu masih belum ada kata putus bahawa lagu ini saya akan bergandingan bersama Khai.

“Selepas saya keluar daripada pentas Big Stage barulah kami selesaikan lagu ini bersama,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu turut berharap lagu yang menjadi OST drama popular itu akan mengembangkan namanya dalam muzik tanah air dan menepis segala komen negatif mengenai bakat nyanyiannya.

“Ramai netizen yang meninggalkan komen kata saya cuma boleh menyanyikan lagu Kucu Kuca dan tidak boleh menyanyi secara langsung (live).

“Tapi sekarang ini lah masanya untuk saya tunjuk kepada semua siapa diri saya yang sebenarnya apabila bergandingan dengan Khai sebab semasa di Big Stage penonton tak faham sebenarnya kita bermain dengan strategi.

“Dekat pentas Big Stage saya cuba tunjukkan kelainan yang ada pada diri saya namun percaturan gagal dan tersingkir,” jelasnya.
Lia Aziz Berdiri Atas Bakat Sendiri,Tidak Tumpang Populariti Khai Bahar

PENYANYI muda Lia Aziz baru-baru ini tampil dengan lagu baru Kaulah Syurga hasil nyanyian duet bersama Khai Bahar bagi Ost drama 7 Hari Mencintaiku 3.

Lia atau nama sebenarnya Nur Aliah Faizana Abd Aziz memberitahu bahawa gadingannya bersama Khai dalam lagu itu bukanlah tiket untuk menumpang populariti selepas dia dikritik oleh netizen apabila tersingkir daripada program realiti nyanyian Big Stage musim ke-4 yang lalu.

“Untuk mereka yang fikir saya menumpang populoriti Khai memang saya tak boleh nak berkata apa, akan tetapi sejujurnya bukan kami memilih untuk bergandingan bersama, Kak Siti Rosmizah (penulis lirik) yang memilih kami. Alhamdulillah ramai memberi reaksi positif di Youtube yang mengatakan suara kami murni bersama,” jelasnya.

Menurut penyanyi lagu popular Kucu Kuca itu juga dia telah dilamar oleh Siti Rosmizah untuk menyanyikan lagu tersebut sebelum menyertai Big Stage.

“Sebenarnya saya mendapat tawaran untuk menyanyikan lagu Kaulah Syurga ini sebelum masuk Big Stage lagi. Tetapi waktu itu masih belum ada kata putus bahawa lagu ini saya akan bergandingan bersama Khai.
“Selepas saya keluar daripada pentas Big Stage barulah kami selesaikan lagu ini bersama,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu turut berharap lagu yang menjadi Ost drama 7 Hari Mencintaiku itu akan mengembangkan namanya dalam peminat muzik tanah air dan menepis segala komen negatif netizen mengenai bakat nyanyiannya.

“Ramai yang meninggalkan komen kata saya cuma boleh menyanyikan lagu Kucu Kuca dan tidak boleh menyanyi secara langsung(live).

“Tapi sekarang ini lah masanya untuk saya tunjuk kepada semua siapa diri saya yang sebenarnya apabila bergandingan dengan Khai sebab semasa di Big Stage penonton tak faham sebenarnya kita bermain dengan strategi.

“Dekat pentas Big Stage saya cuba tunjukkan kelainan yang ada pada diri saya namun percaturan gagal dan tersingkir,” katanya lagi.

Lia ditemui ditemui semasa sesi pelancaran lagu Kaulah Syurga dan lagu Selamat Tinggal Cinta, OST drama Jangan Menangis Cinta bersama dua lagi penyanyi iaitu Khai Bahar serta Syarfa Adriana di Puchong, baru-baru ini.

Sementara itu, ketika disoal tentang kisah peribadi, Lia tidak mengiyakan atau menidakkan jika dia sudah memiliki teman istimewa.

“Kalau nak tahu harus tengok Instagram saya,” kata penyanyi berusia 19 tahun itu secara ringkas.

Untuk rekod, selain Kaulah Syurga, Lia pernah menyanyikan dua lagi lagu OST iaitu Kucu Kuca untuk drama Rindu Awak Separuh Nyawa dan Pergilah Derita Itu duet bersama Asfan Shah bagi naskhah Cukup Derita Itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This