Bahasa Melayu mampu kembali jadi lingua franca dengan perancangan rapi – PM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BAHASA Melayu mampu kembali menjadi lingua franca sekiranya skop kerjasama antara negara-negara ASEAN dilakukan dengan rapi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara penekanan yang perlu diperluaskan adalah daripada segi penyelidikan, penerbitan dan pemupukan Bahasa Melayu.

“Di peringkat ASEAN, melalui forum kerjasama seperti Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), penyatuan sistem ejaan Rumi dan peristilahan telah tercapai.

“Bahasa Melayu memiliki keunikan dan kelebihan tersendiri khususnya dalam kalangan negara ASEAN dan ia diyakini boleh dijadikan satu daripada bahasa rasmi ASEAN.

“Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dalam Negara, termasuk meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap kesalahan pengunaan bahasa berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur hari ini.

Baca artikel berkaitan: Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu usaha martabat bahasa

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu, beliau telah menggunakan bahasa kebangsaan ketika melakukan rundingan dua hala di peringkat antarabangsa.

Jelas beliau, inisiatif itu turut dilakukan ketika Sidang Khas ASEAN-Amerika Syarikat bersama dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

“Surat yang saya hantar kepada pemimpin-pemimpin dunia adalah dalam Bahasa Melayu dengan terjemahan Bahasa Inggeris.

“Tidak ada cacatnya rundingan tersebut. Mesej yang saya sampaikan jelas diterima Presiden Amerika walaupun saya berbahasa Melayu,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut menegaskan kepentingan semua sektor menggunkan Bahasa Melayu dengan lebih meluas.

Jelasnya, perluasan penggunaan Bahasa Melayu perlu dilaksanakan di semua jabatan dan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta.

“Jadikanlah peribahasa ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’ sebagai pegangan kerana cara itu barulah bahasa Melayu benar-benar boleh dijadikan alat perpaduan di negara ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UtusanTV kukuhkan hubungan kerjasama media bersama MOTAC

UTUSANTV meneroka ruang kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia dengan mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

More Articles Like This