Langkah penyelesaian diatur atasi kesesakan UTC Johor – Onn Hafiz

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEBERAPA langkah penyelesaian awal akan diatur Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor bagi memastikan masalah kesesakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk memperbaharui pasport dapat berjalan lancar.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, langkah penyelesaian tersebut dicapai sewaktu pertemuannya dengan Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir, hari ini.

Menurut beliau, ia susulan lawatan mengejutnya ke pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Setia Tropika, Johor Bahru, pagi tadi.

Onn Hafiz berkata, antara langkah penyelesaian yang akan diatur termasuk mempermudah dan membaiki proses mengambil nombor giliran.

“Selain itu, Imigresen juga akan menyediakan tempat menunggu yang lebih selesa.

“UTC Kota Raya dan UTC Pasir Gudang akan beroperasi tujuh hari seminggu dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.

Baca artikel berkaitan: Onn Hafiz nafi dakwaan pengagihan beras tidak telus

“Operasi pejabat lain akan terus dilanjutkan di seluruh Johor sehingga pukul 10 malam manakala operasi pada setiap Sabtu pula antara 8 pagi hingga 12.30 tengah hari,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Onn Hafiz menerusi hantaran di Facebook mengambil maklum perkembangan semasa yang dihadapi rakyat Johor untuk memohon atau memperbaharui pasport.

Onn Hafiz memberitahu, rata-rata rakyat Johor gelisah kerana terpaksa beratur panjang sehingga beberapa jam dengan ada yang terpaksa berbaris sejak awal pagi semata-mata untuk mendapatkan giliran.

Katanya, Imigresen telah memberi jaminan bahawa kelulusan pembaharuan pasport hanya akan mengambil masa tiga hari sahaja.

“Pembaharuan itu hanya perlu dibuat secara dalam talian menerusi https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport,” katanya dalam hantaran tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This