Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan pembangkang kononnya pengagihan kampit beras seberat 10 kilogram (kg) kepada rakyat negeri itu tidak telus. GAMBAR: Facebook Onn Hafiz Ghazi

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan pembangkang kononnya pengagihan kampit beras seberat 10 kilogram (kg) kepada rakyat negeri itu tidak telus.

Sebaliknya, Onn Hafiz menegaskan, proses penyerahan bantuan kepada rakyat di seluruh pelosok Johor memakan masa kerana melibatkan pengagihan kepada lebih 903,000 ketua isi rumah (KIR).

Menurut beliau, sasaran kerajaan negeri berkaitan bantuan tersebut adalah semua penerima memperoleh sekampit beras sebelum 31 Mei ini.

“Sehingga semalam, beras seberat 10kg telah diagihkan kepada 344,197 penerima mengikut jadual setakat ini.

“Kerja-kerja pengagihan bantuan sedang dan akan terus diselaraskan oleh pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSUK); pegawai-pegawai daerah; ahli dewan undangan negeri (ADUN) kerajaan, penyelaras DUN, YDP, ketua-ketua kampung, Southern Volunteers dan pelbagai pihak lain.

Baca artikel berkaitan: Johor akan terus pantau, audit pusat jagaan kanak-kanak – Onn Hafiz

“Mereka sedang berusaha keras siang dan malam untuk memastikan setiap isi rumah di Johor menerima sekampit beras sebagaimana yang telah dijanjikan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz turut meluahkan rasa dukacita apabila bantuan beras menerusi Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) itu telah dipolitikkan oleh ADUN-ADUN pembangkang.

“Cukup-cukuplah menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. Stop the hate politics! We are trying our best to help the rakyat (hentikan politik kebencian! Kita sedang berusaha dengan cara terbaik untuk membantu rakyat).

“Pilihan Raya Negeri (PRN) dah habis. Its time to rebuild this great state (Ini masanya untuk membina semula negeri ini). Sama-samalah kita berharap (Ketua Pembangkang) Liew Chin Tong dan pihak pembangkang berhenti menghasut rakyat. Jadilah pembangkang yang konstruktif,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram