(Kiri) Keadaan motosikal milik mangsa selepas dirempuh lori (kanan). GAMBAR: POLIS

SEORANG murid sekolah berusia 14 tahun maut selepas motor yang ditunggangi dirempuh sebuah lori dalam satu kejadian di Jalan Bukit Batu – Ayer Baloi, Kulai, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian, pada pukul 3.30 petang.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa sedang menunggang motosikal bersama seorang pembonceng berusia 15 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 56 tahun telah hilang kawalan sebelum memasuki lorong bertentangan dan merempuh motosikal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Dua lelaki kantoi curi 19 tandan sawit

Tambahnya, kedua-dua murid tersebut telah tersepit pada bahagian bawah lori tersebut.

“Penunggang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah, manakala pembonceng yang cedera dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim,” katanya.

Beng Yeow berkata, pemandu telah ditahan dan hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

“Kenderaan akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan kes kini di siasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Sehubungan itu, Beng Yeow meminta saksi kejadian untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa di talian 011-2608 1008 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram