Peletakan jawatan Zuraida tidak jejaskan PN – Abdul Hadi

Dari Penulis

KEPUTUSAN Datuk Zuraida Kamaruddin untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi tidak sama sekali menjejaskan keutuhan Perikatan Nasional (PN).

Itu penegasan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang seperti dipetik BH Online.

Menurut Abdul Hadi, PN yakin sokongan rakyat merupakan kekuatan yang menjadi penentu kejayaan sesebuah parti.

Beliau berkata, sebagai negara demokrasi, setiap individu bebas membuat keputusan.

“Setiap individu bebas membuat keputusan memandangkan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. (Ini) negara demokrasi, boleh ikut mana-mana parti (kerana kita) negara demokrasi.

“(Peletakan jawatan itu) tak jejaskan PN (sebab) kita (bergantung kepada) sokongan rakyat, PAS bergantung pada rakyat (tetapi) pemimpin boleh pergi boleh datang,” katanya.

Ketika ditanya kemungkinan ada lagi pemimpin mengikut jejak langkah Zuraida, Abdul Hadi tidak mahu mengulas lanjut.

Baca artikel berkaitan: Tindakan Zuraida tidak mengejutkan – Wan Saiful

Zuraida sertai PBM, akan letak jawatan menteri

“Benda akan datang, kita tak tahu,” katanya ringkas.

Terdahulu, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memutuskan untuk meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Pada masa sama, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membincangkan peletakan jawatannya.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan akan terus menyokong kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri selari dengan pendirian PBM.

“Saya juga akan berbincang tentang peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia.

“Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri,” katanya.

Zuraida yang menyertai Bersatu selepas dipecat PKR susulan peristiwa Langkah Sheraton juga merupakan Ahli Pimpinan Tertinggi parti yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This