PELAKON Elfira Loy berkongsi gambar anak perempuannya yang dilahirkan pada 20 Mei yang lalu untuk tatapan peminat.
Pada posting yang dimuat naik di Instagram itu, Elfira meluahkan rasa syukur kerana dianugerahkan anak kedua itu.
Elfira, atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 28, pada masa sama turut berkongsi nama penuh bayi perempuannya itu.
“Bismillahi MashaAllah, kami bersyukur dengan kehadiran bayi perempuan kami. Assalamualaikum ya Nur Aria Mikayla Muhammad Faris.
“Doa adalah penguat setiap harapan. Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan, kasih sayang yang tidak henti, tidak putus rezeki di dunia dan diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti,” tulisnya pada kapsyen foto itu.
Serentak dengan perkongsian tersebut, peminat serta rakan selebriti mengirimkan ucapan tahniah atas kelahiran bayi itu serta mendoakan yang baik-baik buat Elfira sekeluarga.
“MasyaAllah. Assalamualaikum Nur Aria sayang. Tahniah El (Elfira) sayangku,” kata Fazura.
“Assalamualaikum Nur Aria,” komen Mira Filzah.
“Assalamualaikum Aria anak solehah,” tulis Ika Nabella pada ruangan komen.
Untuk rekod, Elfira dan suaminya, Muhammad Faris Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada Januari 2019.
Pasangan merpati dua sejoli itu sebelum ini sudah dikurniakan anak lelaki yang bernama Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun.

