Remaja ditahan guna nombor pendaftaran “JANDA”

Dari Penulis


PADAH menggunakan nombor pendaftaran “JANDA” pada motosikal ditunggangnya, seorang remaja ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, semalam.


Polis IPD Sibu menerusi catatan Facebook berkata, remaja lelaki itu ditahan anggota BSPT yang membuat rondaan.


Katanya, semasa berada di Lorong Lanang 4, Sibu, polis menahan motosikal lelaki itu kerana berada dalam keadaan mencurigakan.


“Penunggang motosikal tersebut ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran palsu dan telah di bawa ke Balai Polis Trafik,” kata kenyataan itu hari ini.


Polis IPD Sibu berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Jika disabitkan kesalahan katanya, suspek boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.


Tambah kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang jalan raya terutamanya di musim perayaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This