Shapadu CR Asia raikan masyarakat, asnaf dan anak yatim Kampung Bukit Raja Darat

Dari Penulis


KEBERKATAN… Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, anak syarikat Kumpulan Shapadu, Shapadu CR Asia Sdn. Bhd. mengambil langkah proaktif mendekati komuniti menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Kampung Bukit Raja Darat, Pengerang.

Majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama komuniti Kampung Bukit Raja Darat adalah kali kedua yang telah diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu sekali gus merapatkan hubungan silaturrahim antara masyarakat dan organisasi korporat.

Mengambil keberkatan Ramadan, Shapadu CR Asia turut menghulurkan sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Minyak dan Gas Kumpulan Shapadu, Syed Saggaf Syed Ahmad kepada Pengerusi Surau Al Jamaliah, Kampung Bukit Raja Darat, Pengerang, Abdul Hadi Sydee.

Tidak dilupakan, syarikat itu turut menyampaikan sumbangan kepada lebih 20 orang asnaf dan anak yatim sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Bukan itu sahaja, Shapadu CR Asia turut menyampaikan sumbangan kepada Pondok Tahfiz Ummul Mutasaddiqin, Kampung Bukit Gelugor, Pengerang menerusi anak-anak tahfiz yang datang.

Program tersebut turut disertakan Kuliah Ramadan yang diadakan sebelum majlis berbuka puasa diikuti solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.

Turut hadir, Pengurus Besar Shapadu CR Asia, Rano Ariff Musa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lapan rumah di Kuala Perlis hangus terbakar

SEBANYAK lapan rumah di Kampung Seberang Alor, Perkampungan Diraja Kuala Perlis hangus terbakar dalam kebakaran yang berlaku awal pagi...

More Articles Like This