KEPUTUSAN Pemilihan PKR 2022 akan diumumkan secara rasmi semasa penganjuran Kongres Nasional parti tersebut pada 25 dan 26 Jun depan.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan, keputusan yang diumumkan ketika kongres tersebut adalah muktamad.
“Mulai semalam, keputusan tidak rasmi di peringkat cabang dipamerkan di laman sesawang Pemilihan Keadilan 2020 seperti mana yang sudah dijadualkan.
“Keputusan diumumkan ini masih tertakluk aduan dan bantahan yang sudah diterima dan yang masih dalam proses siasatan oleh Panel Aduan JPP, sebelum pengumuman keputusan rasmi dibuat di Kongres PKR 25 dan 26 Jun ini,” katanya.
Kongres Nasional PKR akan diadakan pada 26 Jun depan manakala kongres sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR berlangsung sehari sebelum itu.
Memetik laporan Bernama, berdasarkan keputusan tidak rasmi, Rafizi Ramli jauh mendahului Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan Timbalan Presiden.
Baca artikel berkaitan: Pemilihan PKR: Saifuddin akur, ucap tahniah kepada Rafizi
Menerusi keputusan tidak rasmi dikemas kini dalam laman Pemilihan Keadilan 2022, Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan memperoleh 68,451 undi berbanding 48,223 yang diperoleh Saifuddin.
Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang direbut oleh dua aktivis menyaksikan Adam Adli Abd Halim mendahului dengan meraih 13,749 undi, berbanding Fahmi Zainol dengan 11,674 undi.
Sementara itu bagi jawatan Ketua Wanita pula, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga Rodziah Ismail mendahului dengan meraih 21,690 undi.
Pencabarnya Senator Fadhlina Sidek mengekori rapat dengan 21,201 undi.
Pemilihan PKR 2022 berakhir dua hari lepas, setelah menyaksikan pengundian semula di 12 cabang melibatkan beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Sabah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

