Pemilihan PKR terima penyertaan luar biasa, 17,500 pencalonan daripada 222 Cabang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMILIHAN PKR tahun ini menerima penyertaan luar biasa apabila lebih 17,500 pencalonan telah diterima daripada 222 Cabang di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa memaklumkan, kejayaan itu sekali gus mencerminkan komitmen tinggi anggota parti dalam mengukuhkan proses demokrasi dalaman yang matang dan inklusif.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua anggota parti itu yang telah menyertai proses berkenaan dengan penuh semangat dan dedikasi.

“Penyertaan besar ini membuktikan bahawa PKR terus menjadi wadah perjuangan yang demokratik, inklusif dan terbuka kepada penyertaan akar umbi.

“Sehubungan itu, JPP mengingatkan semua calon dan penyokong agar terus mematuhi tatacara pemilihan bagi memastikan proses ini berjalan dengan lancar, telus dan harmoni.

“Maklumat rasmi berkaitan Pemilihan PKR 2025 boleh dilayari di pemilihan.keadilanrakyat.org serta ikuti media sosial rasmi Facebook dan TikTok Pemilihan PKR 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Pemilihan PKR: Amirudin bertanding jawatan peringkat pusat

Mengulas lanjut, Dr Zaliha memberitahu, proses pemilihan itu memasuki fasa seterusnya selepas penutupan penamaan calon, Ahad lalu.

Katanya, proses bantahan terhadap calon-calon akan berlangsung mulai pukul 12 tengah hari, hari ini sehingga Khamis, 20 Mac ini.

“Selepas itu, proses rayuan terhadap bantahan akan dibuka dari 24 hingga 25 Mac untuk memastikan ketelusan dan keadilan kepada semua calon yang bertanding.

“Bagi calon yang memilih untuk menarik diri atau membatalkan pencalonan, mereka diberi ruang untuk berbuat demikian sebelum 20 Mac ini.

“Selepas melalui semua proses ini, senarai muktamad pencalonan bagi Cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang dan Wanita Cabang akan diumumkan pada 28 Mac,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This