Tular pondan menari separuh bogel, Instafamous ditangkap polis

Dari Penulis

SEORANG Instafamous yang juga penganjur majlis tarian separuh bogel melibatkan penari pondan di Central Walk i-City, Shah Alam ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang pengurus kawasan terbabit, kelmarin.

“Pengadu telah menerima maklumat mengenai aktiviti tarian separuh bogel oleh penari pondan yang boleh menjatuhkan imej sebagai salah satu tarikan pelancong di Selangor dan pembakaran bunga api di sebuah dewan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada hari Jumaat, antara pukul 8 hingga 11.30 malam.

Baca artikel berkaitan:Lelaki ditahan selepas tunjuk pistol mainan RM2.40

“Sekumpulan lelaki pondan bertindak menari separuh bogel diikuti dengan muzik yang kuat serta melakukan aktiviti membakar bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk,” ujarnya.

Tambahnya, penganjur yang dikenali dengan nama panggilan Cik Lala adalah individu yang menyewa unit berkenaan dengan kos RM4,000 untuk sambutan Majlis Hari Raya yang dihadiri 50 orang jemputan.

“Aktivit tersebut dianjurkan oleh Cik Lala dan akan direman pada esok hari bagi siasatan lanjut,” tambahnya.

Katanya, kes kini di siasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sehubungan itu, sebarang maklumat berkaitan kes ini, boleh disalurkan kepada Inspektor Nur Syuhada di talian 017-6942736.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This