Amah Indonesia tak sampai, PAPSMA gesa ambil dari negara lain

Dari Penulis

KETIDAKHADIRAN amah menerusi pekhidmat domestik Indonesia (PDI) yang sepatutnya tiba semalam menyukarkan beribu-ribu majikan yang telah lama menunggu pembantu rumah sejak rundingan ditutup pada 2016.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr. Sukumaran Nair menggesa Kementerian Sumber Manusia segera mengisi kekosongan itu dengan mencari amah dari negara-negara lain.

Menurut beliau, ia sekali gus mampu memenuhi permintaan orang ramai yang telah hilang kepercayaan dan keupayaan untuk memenuhi permintaan pembantu rumah daripada pelbagai negara.

Malah, beliau berkata, ejen perekrut Bangladesh dan Nepal telah memberikan persetujuan untuk menghantar sejumlah besar amah terlatih sekiranya tuntutan mereka dipenuhi.

“Semasa lawatan rasmi ke Dhaka, baru-baru ini, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Bangladesh Overseas Employment & Services Limited (BOESL) telah memberi taklimat kepada kami bahawa pembantu rumah Bangladesh telah tersedia untuk dihantar ke Malaysia.

Baca artikel berkaitan: Pelaksanaan PDI beri manfaat kepada rakyat

“Pembantu rumah Bangladesh kini dihantar ke Arab Saudi, Jordan, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan dan pelbagai negara lain.

“Bagaimanapun, laporan terperinci akan dihantar kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kementerian Sumber Manusia untuk semakan, nasihat dan penjelasan kerajaan bagi mempertimbangkan perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Sukumaran berkata, pihaknya juga menggesa Kementerian Sumber Manusia untuk segera melihat permintaan besar dalam sektor tersebut.

Kata beliau, kerajaan juga boleh meningkatkan produktiviti negara dalam ekonomi dan isi rumah apabila keluarga boleh memberi penjagaan sewajarnya kepada anak-anak dan orang tua.

“Majikan berasa kecewa dengan kelewatan tersebut dan sedang mencari penyelesaian segera kepada kekurangan tenaga kerja semasa dan berharap isu dengan negara sumber dapat diselesaikan secara baik secepat mungkin,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This