Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing langkah positif

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PELAN Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing seperti diumumkan Kementerian Dalam Negeri semalam disifatkan langkah bijak dan positif ke arah mempercepat kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr. Sukumaran Nair berkata, ia termasuk kuota yang telah diluluskan kerajaan sebelum ini.

Menurut beliau, langkah itu akan mengurangkan masa menunggu oleh majikan yang semakin ‘tidak sabar’ dengan masa diambil negara sumber untuk membawa masuk pekerja.

Sukumaran berkata, sehingga kini, kelulusan daripada Kementerian Sumber Manusia dipercayai melebihi 400,000 tetapi dianggarkan hanya 40 peratus yang tiba ke Malaysia sejak kuota diberikan Jun tahun lalu.

“PAPSMA juga menerima konsep peralihan proses kelulusan daripada Kementerian Sumber Manusia ke Kementerian Dalam Negeri melalui agensi-agensi kawal selia bagi kelulusan permohonan pekerja asing yang dibenarkan kerajaan.

“Walau bagaimanapun, kami mengharapkan kedua-dua kementerian ini bekerjasama erat bagi memastikan kelicinan kemasukan pekerja asing dalam masa singkat tanpa kerumitan dalam proses dan protokol yang dimeterai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tiada kelulusan khas untuk pengambilan pekerja asing, termasuk daripada menteri – Saravanan

Mengulas lanjut, Sukumaran berkata, pihaknya turut menyeru supaya proses baharu dan protokol aliran kerjasama dengan dokumentasi digital diberi keutamaan segera.

Katanya, perkara tersebut penting supaya permohonan baharu daripada majikan tidak terbantut dan ekonomi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat ditingkatkan dengan segera.

Jelas beliau, agensi-agensi pekerjaan berlesen di Malaysia harus diberi peluang dan mandat memainkan peranan supaya segala kesulitan dalam proses permohonan hingga kemasukan pekerja dapat diselenggara dengan mudah dan mengurangkan kos pengrekrutan pekerja asing ke Malaysia.

“PAPSMA memohon semua 1,200 agensi pekerjaan berlesen diberikan kebenaran membantu majikan tempatan dalam proses kalibrasi semula bagi pekerja asing di Malaysia dalam masa yang singkat.

“Ia memberi peluang kepada majikan memulihkan ekonomi dan pendapatan perniagaan dengan pantas dan mudah serta menghindari syarikat daripada ditutup,” jelas beliau.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata majikan akan dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing dari 15 negara sumber tanpa melalui prasyarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota yang antara lain permohonan majikan terbabit boleh diluluskan dalam tempoh tiga hari.

Beliau berkata, selain itu Pelan Rekalibrasi Tenaga Kerja yang tamat 31 Disember lalu akan diteruskan selama setahun, berkuat kuasa serta-merta.

Ia antara keputusan Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bangunan Perdana Putra semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This