SEORANG pemandu wanita dan seorang pembonceng motosikal maut selepas terlibat dalam dua kemalangan berasingan lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kes pertama membabitkan pemandu wanita berusia 22 tahun.

Katanya mangsa yang memandu Mercedes Benz maut ditempat kejadian selepas kenderaan yang dipandu melanggar sebuah lori.

“Kemalangan berlaku di Kilometer 9.6 Lebuhraya Damansara Puchong pada pukul 12.20 tengah malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 35 tahun disahkan maut selepas motosikal yang dibonceng melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan.

Baca artikel berkaitan : Perintah lepas tanpa bebas Long Tiger diketepi, kes pemerasan diteruskan

Katanya kejadian berlaku pada pukul 10.34 malam selepas motosikal itu melanggar Toyota Unser ketika menghala ke Tol Jalan Duta.

“Penunggang bertindak mengubah haluan sebelum melanggar Unser dari arah belakang,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua kes kini di siasat di bawah Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan.

Saksi kejadian di minta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.

Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram