(VIDEO) PU Riz pakaikan inai di jari Neelofa, ramai peminat puji

Dari Penulis

PERKONGSIAN video yang dimuat naik selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa di akaun TikTok miliknya menarik perhatian netizen apabila suaminya, PU Riz dilihat sedang memakaikan ini di jari tangannya.

Usaha PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail,27,itu mendapat pujian wargamaya apabila membantu bekas pengacara MeleTOP itu mewarnakan kuku dengan inai.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif kepada pasangan selebriti itu susulan video berkenaan..

“Alhamdulillah dikurniakan suami yang penyayang,” komen salah seorang netizen di Tiktok.

“Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya kepada Neelofa dan suami…diberikan kebahagiaan yang berkekalan,” tulis @shamkuale65 pada komen video tersebut.

“Gembira untuk kamu kak (Happy for you sis), semoga satu hari saya pun dapat jodoh yang baik,” komen salah seorang pengguna Tiktok.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut meraih lebih 380 ribu tontonan di Tiktok dan lebih 22 ribu tanda suka.

Untuk rekod, Haris dan Neelofa telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

Hasil daripada perkahwinan mereka, pasangan merpati dua sejoli itu telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal.

@neelofa

Follow @nunha.co slalu jugok

♬ suara asli – zayn – zainul

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This