Pemandu BMW diserang sawan rempuh 9 kereta di Ayer Keroh

Dari Penulis

SEORANG pemandu BMW diserang sawan sebelum merempuh sembilan kenderaan lain dalam satu kemalangan di Jalan Tun Abdul Razak dekat Lebuh Ayer Keroh, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri Melaka, Superitendan Amran @ Mohamad Zaki Omar berkata, enam individu dilaporkan cedera termasuk seorang wanita mengalami patah hidung dalam kejadian pukul 9.14 malam itu.

Beliau berkata, ketika kejadian 10 buah kenderaan terbabit sedang menunggu di simpang empat lampu isyarat Taman Chiptaco berhadapan sebuah pasar raya.

Amran berkata, sembilan kenderaan yang dirempuh pemandu BMW adalah dua buah Perodua Myvi, Honda Jazz, Perodua Kenari, Perodua Viva, Perodua Alza, Toyota Corolla Altis, Nissan Frontier dan Proton Persona.

“Siasatan awal mendapati pemandu BMW berusia 38 tahun sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau sebelum diserang sawan dan tertekan pedal minyak,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.

Baca artikel berkaitan : Polis cari pemandu Civic hijau larikan diri selepas kemalangan

Katanya, kenderaan telah meluncur laju lalu merempuh beberapa kenderaan lain yang sedang berhenti di hadapannya.

Tambahnya, berlaku rempuhan kedua kerana pemandu terbabit diserang sawan sekali lagi.

“Ini menjadikan keseluruhan sembilan kenderaan terlibat mencederakan enam pemandu serta penumpang, selain pemandu BMW turut mengalami luka,” ujarnya.

Ujarnya, kemalangan terbabit mengakibatkan enam mangsa cedera ringai iaitu pemandu dan penumpang berusia lingkungan 20 hingga 73 tahun termasuk pemandu wanita Perodua Kenari yang mengalami patah hidung.

“Kesemua mangsa menerima rawatan di Zon Hijau dan Zon Kuning Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This