Jelajah AKM: Kerajaan cakna pembangunan Terengganu

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan pembangunan di negeri Darul Iman, Terengganu terus berkembang pesat dalam jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara inisiatif yang telah dilakukan adalah projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Jelas Perdana Menteri, laluan ECRL sepanjang 665 kilometer itu akan menghubungkan Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Ujarnya, projek tersebut akan merangsang pertumbuhan ekonomi Terengganu terutamanya dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan.

“Ini kerana infrastruktur ECRL merangkumi 70 peratus perkhidmatan kargo yang memudahkan pengangkutan bahan binaan merentas negeri.

“Projek yang dijangka siap akhir tahun 2026 ini akan memendekkan masa perjalanan dari Lembah Klang ke Terengganu daripada tujuh jam kepada empat jam,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Sambutan Jelajah AKM Terengganu amat menggalakkan – Dr Radzi

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan turut memberi fokus kepada sektor pelancongan di Terengganu dengan mewartakan pintu masuk Pelabuhan Silica di Setiu.

Menurut beliau, inisiatif itu adalah untuk menjadikan Pelabuhan Silica sebagai laluan tambahan kemasukan para pelancong luar dalam usaha untuk merancakkan pembangunan di kawasan yang terlibat.

Katanya, beliau yakin kempen Beautiful Terengganu dapat mencapai sasaran untuk menarik kedatangan tiga juta pelancong pada tahun ini dapat direalisasikan.

Sementara itu,mengulas mengenai peluang pekerjaan di Terengganu, Perdana Menteri memaklumkan sebanyak 13,431 peluang pekerjaan turut ditawarkan melalui 89 majikan dalam jelajah AKM di negeri tersebut.

Jelasnya, pekerja yang hilang keupayaan untuk kembali bekerja turut ditawarkan bantuan alat pemulihan supaya mereka dapat melaksanakan pekerjaan dengan sebaiknya.

“Kerajaan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) juga memperuntukkan sebanyak RM343 juta bagi pemuliharaan muara sungai dan hakisan pantai di daerah
Setiu, Kemaman, Dungun dan Marang yang dijangka selesai pada bulan Januari 2025.

“Bagi projek pembangunan sekolah dan institusi pendidikan di Terengganu, terdapat 79 projek baharu dan sambungan bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan.

“Kos keseluruhan bagi kesemua projek ini bernilai RM914.79 juta. Daripada jumlah ini, sebanyak 42 projek telah siap sepenuhnya, 18 projek di peringkat pelaksanaan atau
pembinaan dan 19 projek berstatus pra bina,” katanya.

Beliau menambah, sebanyak 26 projek menaik taraf dan membangun semula sekolah yang mempunyai bangunan daif telah diluluskan dalam tempoh 2017 hingga 2022 dengan kos sebanyak RM60.93 juta.

Katanya, sebanyak 21 projek telah siap manakala baki sebanyak lima projek dalam peringkat pra bina.

Bagi bidang kesihatan, Perdana Menteri berkata, projek Hospital Dungun dan projek High Dependency Ward Hospital di Besut dijangka siap dibina pada tahun ini.

Jelasnya, lima lagi projek dijangka siap tahun depan melibatkan pembinaan Hospital Kemaman setinggi sembilan tingkat dengan kapasiti 300 katil, klinik kesihatan di Kampung Raja, Besut, kerja-kerja menaik taraf dan penggantian sistem lif di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Klinik Kesihatan di Rhu Sepuluh, Setiu, dan
pembinaan Klinik Kesihatan di Paya Datu, Kuala Terengganu.

“Kerajaan juga menyambut baik inisiatif membangunkan kilang pemprosesan makanan haiwan ternakan berasaskan sumber alternatif iaitu sisa isirung kelapa sawit bernilai kira-kira RM20 juta yang bakal beroperasi di Bukit Kor, Marang, hujung tahun ini.

“Cadangan ini dijangka mampu memenuhi 80 peratus permintaan daripada penternak haiwan di Terengganu.

“Ini sekali gus dapat memastikan kelangsungan sumber makanan negara selain mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah yang diimport,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This