DUA lelaki bersama seorang wanita ditahan polis dalam dua serbuan berasingan selepas disyaki mencuri empat biji “sport rim” kereta di Jalan Merdeka 3 dekat Industri Park, Ampang pada Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek pertama, seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan di Taman Muda Ampang, Selangor pada 5 petang semalam.
“Hasil siasatan membawa kepada penahanan dua lagi suspek masing-masing berusia 23 dan 33 tahun, yang berjaya ditangkap di Batu 3, Jalan Cheras, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kejadian disedari pekerja bengkel selepas empat biji tayar serta rim aloi telah hilang ketika mahu membuka bengkel pada 24 Mei lalu, kira-kira pukul 9 pagi.
Baca artikel berkaitan : Bapa, anak sindrom down hilang ditemui di Serdang
“Pekerja bengkel berusia 43 tahun itu telah meletakkan kereta jenis Honda Accord di belakang bengkel dalam keadaan baik pada 17 Mei, pukul 7 petang,” katanya.
Tambahnya, polis turut merampas tiga buah telefon bimbit dan dua buah kereta jenis Proton Wira Aeroback dan Proton Wira yang dipercayai digunakan semasa kejadian curi.
“Turut dirampas sebuah tayar bersama rim yang dipercayai barang hilang,” tambanya.
Mohamad Farouk berkata, hasil semakan mendapati suspek pertama mempunyai lapan rekod jenayah lampau.
“Suspek kedua mempunyai lima rekod jenayah manakala suspek ketiga sada sembilan rekod dalam kesalahan dadah dan jenayah,” ujarnya.
Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Selasa dan kes di siasat dibawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

