Dua tersepit dalam kemalangan berasingan

Dari Penulis

DUA pemandu cedera akibat tersepit dalam kenderaan masing-masing selepas terlibat dalam dua kemalangan berasingan awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, kes pertama membabitkan seorang lelaki berusia 44 tahun memandu Proton Saga.

Katanya, mangsa disyaki terkena serangan strok sebelum melanggar sebuah lori sampah yang di parkir di tepi jalan.

“Kemalangan telah berlaku di Jalan Besar Sungai Choh dan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.13 pagi.

“Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan : Brek tidak fungsi punca lori rempuh lima kereta

Sementara itu, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori kontena dan sebuah lori tiga tan dekat Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3 pagi dan mengerahkan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 20 minit kemudian dan mendapati pemandu lori tersepit di tempat duduk pemandu”.

Katanya kedua-dua telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This