PENGANJURAN Festival Bon Odori pada 16 Julai depan telah mencetuskan perdebatan ekoran dikatakan mengandungi unsur keagamaan lain.
Sehubungan itu, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan dua perkara kepada penganjur Festival Bon Odori itu terutama bagi memastikan ia tidak memudaratkan pengunjung beragama Islam.
Dalam hantaran di Facebook, Mohd. Asri atau Dr. MAZA mencadangkan supaya isi sambutan festival itu tidak bersifat keagamaan.
Menurut beliau, Festival Bon Odori itu juga perlu dipastikan tidak dimasukkan unsur khurafat atau syirik tertentu dan tiada ritual yang mewakili kepercayaan tertentu.
“Selain itu, jika boleh diberikan nama baharu atau nama tambahan di samping nama Bon Odori bagi mengelakkan kekeliruan dengan perayaan asal yang mempunyai unsur syirik dan khurafat.
“Ini seperti menamakan festival kebudayaan Jepun atau masyarakat Jepun. Dengan itu, festival dapat diteruskan dan polemik dapat dikurangkan,” katanya dalam hantaran tersebut.
Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan menghalang mana-mana individu untuk menghadiri festival tersebut yang dijadual pada 16 Julai di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic).
Baca artikel berkaitan: Festival Bon Odori erat semangat muhibbah rakyat Malaysia dan Jepun – Sultan Selangor
Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad memaklumkan penetapan itu dibuat susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak berkenan apa-apa keputusan mengenai perkara itu disimpulkan dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan penelitian yang mendalam.
Sultan Sharafuddin turut bertitah festival berkenaan yang diraikan di Malaysia sejak berpuluh tahun merupakan satu perayaan kebudayaan bagi mengeratkan semangat muhibah antara rakyat Malaysia dengan komuniti masyarakat Jepun yang bekerja dan bermastautin di negara ini.
Pada masa yang sama, baginda mencadangkan agar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad untuk hadir ke program sambutan itu supaya dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

