Jemput-jemput daun bawang ini memang sedap dinikmati waktu petang atau sarapan. Tidak menggunakan banyak bahan, resipi ini amat mudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
500 gm tepung gandum
100 gm udang – cincang
2 tangkai daun bawang
1 labu bawang besar – cincang
Air secukupnya
Secubit garam
Minyak masak

CARA MENYEDIAKAN:
1.Bancuhkan tepung gandum dengan air hingga sebati. Tambahkan garam secukup rasa.
2.Bancuhan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
3.Masukkan udang dan hirisan daun bawang. Gaul sebati.
4.Panaskan minyak masak, kemudian ambil sedikit adunan menggunakan hujung tangan.
5.Jemputkan adunan di dalam kuali. Goreng hingga kekuningan. Hidangkan dengan sos.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram