Mayat wanita ditemui terbaring di bawah jejantas

Dari Penulis

Mayat seorang wanita warga asing ditemui orang awam di tepi tangga dekat bawah jejantas menghala ke Melawati Mall petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat terbabit pada pukul 2.15 petang.

Katanya, polis tiba di lokasi kejadian dan mendapati seorang wanita berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan terbaring.

“Polis menemui pelbagai jenis ubatan selain dokumen dan pasport di dalam beg pinggang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Ibu mengandung cedera digigit anjing jiran

Beliau berkata, petugas kesihatan Hospital Ampang yang berada di lokasi mengesahkan kematian mangsa.

“Hasil pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kesan kecederaan berunsur jenayah”.

Jelasnya, mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Ampang bagi tujuan bedah siasat yang akan dijalankan pada pukul 8 pagi esok.

Mohamad Farouk berkata, kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This