PAUL Poga menyertai duta jenama Wahed ketika ini iaitu Juara UFC, Khabib Nurmagomedov.

WAHED Inc. (Wahed), sebuah syarikat teknologi kewangan (fintech) Islam global, mengumumkan penyertaan pemain bola sepak profesional Perancis, Paul Pogba sebagai pelabur dan juga duta jenama syarikat tersebut.

Beliau akan menyertai duta jenama Wahed ketika ini iaitu Juara UFC, Khabib Nurmagomedov dan juga pasukan seni mempertahankan diri campuran di bawah kendaliannya.

Memulakan kerjaya bola sepak pada usia enam tahun, Pogba merupakan pemain bola sepak terkenal dunia sebagai pemain kelab Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan juga pemain bagi pasukan kebangsaan Perancis, yang bermain di posisi tengah.

Kedua-duanya berumur 29 tahun namun dalam bidang yang berbeza, Paul Pogba dan Ketua Pegawai Eksekutif Wahed, Junaid Wahedna, bertemu pada September 2021 dan menemui titik persamaan dalam misi Wahed untuk menjadikan pelaburan beretika mudah diakses dan dalam kos berpatutan, yang seterusnya membawa pemain bola sepak tersebut ke dalam dunia teknologi kewangan Islam global.

Pogba berkata, selepas bertemu Junaid dan memahami misi Wahed, beliau berhasrat menjadi sebahagian daripada usaha syarikat tersebut kerana selama ini membesar dalam persekitaran yang kurang menggalakkan dalam bidang pengurusan kewangan dan pengembangan pelaburan.

“Saya berharap perkongsian saya dengan Wahed akan membantu menunjukkan kepada golongan muda bahawa terdapat cara untuk melabur dengan cara yang betul dan adalah bijak untuk mula memikirkan matlamat kewangan jangka panjang pada awal kehidupan,” katanya.

BERITA BERKAITAN Wahed dan juara MMA, Khabib umum kerjasama promosi masyarakat celik kewangan

Wahed kini menawarkan individu peluang untuk melabur wang mereka secara beretika dengan cara yang cepat, mudah dan berpatutan. Wahed telah mendapat sokongan secara berterusan sejak penubuhannya dengan lebih 300,000 pelanggan di seluruh dunia merentasi semua entiti Wahed.

“Pogba merupakan pemimpin berprestasi tinggi dalam industrinya, yang sesuai dengan visi dan misi apa yang kami cuba capai. Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan penyertaan beliau sebagai duta jenama baharu Wahed sambil kami akan terus membawakan ekosistem kewangan yang lebih adil,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Wahed, Junaid Wahedna.

Wahed Inc merupakan syarikat fintech Islam global yang ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan pelaburan beretika dengan mempunyai sembilan bidang kuasa melalui anak syarikatnya di seluruh dunia, dengan mempunyai 11 pejabat berkhidmat kepada lebih 300,000 pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara Wahed cuba mengubah dunia kewangan menjadi lebih baik, lawati: https://wahedinvest.com/


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!

Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram