Tun Arshad beri impak besar pendidikan negara – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMERGIAN Tun Dr. Arshad Ayub yang menghembuskan nafas terakhir, awal pagi tadi disifatkan kehilangan besar apatah lagi Allahyarham merupakan seorang pendidik berpandangan jauh yang memberi impak besar kepada pendidikan negara.

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut menzahirkan rasa sedih dan sayu sebaik menerima khabar pemergian Arshad.

Menurut Perdana Menteri, Allahyarham merupakan tokoh pejuang pendidikan yang amat besar sumbangannya kepada negara.

Ismail Sabri berkata, Arshad juga meninggalkan legasi yang tidak ternilai untuk Keluarga Malaysia.

“Legasi Allahyarham khususnya menubuhkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah melahirkan banyak profesional dan juga usahawan tekno Melayu di negara ini.

“Kini universiti tersebut telah melahirkan lebih 700,000 graduan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Arshad juga menunjukkan pencapaian yang luar biasa dalam semua bidang yang diceburi.

Kata beliau, Allahyarham turut terlibat merancang agenda pembangunan negara khususnya pada era selepas kemerdekaan yang menjadi teras pentadbiran Tun Abdul Razak dalam memacu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

“Keazaman, kebijaksanaan dan kerja keras Allahyarham tanpa mengenal erti penat lelah untuk negara serta seluruh Keluarga Malaysia wajar diteladani.

“Saya dan Keluarga Malaysia mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Baca artikel berkaitan: Api kecintaan Tun Arshad kepada pendidikan anak bangsa tidak padam – Muhyiddin

Tun Arshad Ayub meninggal dunia awal pagi ini

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman serta beramal soleh,” katanya.

Arshad, 93, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di hospital pada pukul 2.06 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Azmi Arshad menerusi hantaran di Facebook.

Jumaat lalu, Azmi memaklumkan bahawa Arshad dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu kerana masalah kesihatan.

Pada masa itu, Azmi memberitahu bahawa bapanya berada dalam situasi 50:50.

Allahyarham merupakan pengarah pertama ITM sejak tahun 1967 sehingga 1975.

Beliau juga adalah pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di ITM sehingga ia kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Anak kelahiran Muar, Johor itu pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha kementerian dan berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah untuk beberapa syarikat awam dan badan berkanun.

Allahyarham dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada tahun 2020.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This