KENYATAAN Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir selepas menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu Festival Bon Odori adalah tidak tepat.

Menurut Selangor Royal Office, memetik kenyataan Roslan Shah yang disiarkan dalam FMT Reporters 16 Jun lalu, perkara tersebut tidak sebenarnya berlaku ketika Pas Selangor menghadap Sultan Sharafuddin.

“Roslan Shahrir di dalam kandungan berita tersebut memetik sebagai berkata “Baginda ingin tahu pendirian kami dalam perayaan Bon Odori. Baginda memberi pandangan dan kami juga sampaikan kepada Baginda bahawa kami menghormati pendirian Baginda.”

“Adalah ditegaskan kenyataan ini adalah tidak tepat sama sekali dan tidak sebenarnya berlaku ketika Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Ahmad Yunus Hairi menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada tarikh berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Festival Bon Odori erat semangat muhibbah rakyat Malaysia dan Jepun – Sultan Selangor

Mengulas lanjut, Selangor Royal Office memaklumkan, Sultan Sharafuddin hanya menyatakan tentang pendirian Baginda tidak menyekat festival tersebut yang akan diadakan di Selangor.

Jelas kenyataan itu, Baginda berpandangan festival itu hanya berunsur kebudayaan semata-mata.

Tambahnya, Baginda juga tidak menghalang mana mana orang Islam untuk hadir sehinggalah satu kajian mendalam dilakukan terhadap festival berkenaan sama ada ianya berunsur keagamaan atau kebudayaan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat khususnya masyarakat Islam.

“Di dalam sesi menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku di Istana Bukit Kayangan Shah Alam pada petang Selasa berkenaan, turut dititah hadir bagi menyaksikan pertemuan tersebut adalah beberapa orang Ahli Dewan di-Raja Selangor iaitu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Dato’ Setia Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Dato’ Setia Ramli Alhaj bin Tengku Shahruddin Shah dan Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram