SEORANG penumpang bas persiaran maut selepas kenderaan yang dinaiki melanggar sebuah lori treler di Kilometer 425.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa Hamaizah Fadzilah, 54, duduk di bahagian kerusi paling hadapan tersepit akibat kemalangan tersebut.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.32 pagi dan sepasukan 15 anggota dari Balai Bomba Bukit Sentosa telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba 22 minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran membawa 40 penumpang dengan sebuah lori treler 20 tan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Dua remaja cedera dilanggar pemandu treler positif dadah
Jelasnya, mangsa berada di bahagian bas yang remuk dan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba pada pukul 5.13 pagi.
“Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
Manakala pemandu bas dan penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kesemua penumpang dan pemandu bertindak keluar dari bas dan berkumpul di tempat yang selamat”.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, saksi kejadian kemalangan diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987”.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

