MCMC, PDRM siasat video jelik tiga pempengaruh

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap tiga pempengaruh yang memuat naik kandungan jelik di laman Instagram dan TikTok masing-masing.

MCMC dalam kenyataan berkata, tindakan itu dilakukan susulan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung video jelik tersebut.

Menurut MCMC, pemeriksaan terhadap ketiga-tiga individu berkenaan dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang semalam.

“Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Akta ini memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

“Pesalah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” kata kenyataan tersebut.

Baca artikel berkaitan: Hantaran jelik isu judi di Klang Selatan, pengguna FB didakwa

MCMC turut menasihatkan orang ramai khususnya para selebriti yang mempunyai
pengaruh dalam masyarakat untuk menunjukkan teladan yang baik.

MCMC juga mengingatkan pempengaru supaya peka dan tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This