DUA remaja berusia 17 tahun cedera selepas dilanggar seorang pemandu lori treler yang memandu dibawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kejadian berlaku di Kilometer 55, Jalan Kuala Kali-Bukit Sentosa, pukul 6.30 petang semalam.
“Kedua-dua remaja menunggang dan membonceng motosikal jenis Yamaha Lagenda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya, kejadian berlaku ketika penunggang motosikal mahu membelok ke kanan dari simpang tiga Taman Kesumba sebelum secara tiba-tiba dilanggar treler dari arah belakang.
“Susulan kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami cedera parah di bahagian kepala manakala pembonceng cedera di bahagian kaki,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Lelaki samun kedai serbaneka dicekup polis
Jelasnya, mangsa di bawa ke Hospital Selayang bagi rawatan lanjut.
Beliau berkata, hasil saringan air kencing ke atas pemandu lori treler mendapati positif dadah jenis methamphetamine.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

