SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila kaki tersepit pada bahagian pintu lif dalam satu kejadian di Desa Pinang 2, Persiaran Karpal Singh, Pulau Pinang, lewat malam tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata, pihaknya menerima panggila kecemasan terbabit pada pukul 11.43 malam.
Beliau berkata, bomba tiba di lokasi dan mendapati sepasang kaki milik seorang lelaki telah telah tersepit di antara aras bawah dan tingkat satu.
“Ketua operasi telah mengarahkan tindakan segera membantu mangsa dengan membuka pintu lif terbabit menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Penumpang maut tersepit selepas bas persiaran rempuh treler
Jelasnya, mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

