YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan bernilai RM125 ribu kepada murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Larut, Pokok Sena, Jerai, Nibong Tebal dan Kulim Bandar Baharu bagi membantu sesi persekolahan yang telah memasuki fasa endemik.

Seramai 1,250 orang pelajar telah menerima bantuan tersebut di dalam program bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat.

Replika cek bantuan persekolahan itu telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, DatUK Mohd Shahrizal Sahri di majlis penyerahan yang berasingan. Turut hadir dalam sesi penyampaian Batu Kurau, Perak tersebut adalah Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Mohd Shahrizal berkata, sumbangan itu diharapkan dapat membantu mereka terutamanya yang berada dalam kalangan keluarga B40 bagi meringankan urusan kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan dari segi pembelian set baju, kasut dan stoking atau beg sekolah mengikut kesesuaian masingmasing.

BERITA BERKAITAN YBR sumbang RM160,000 kepada pelajar UNIMAS dan UiTM

“Cakna dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat gelombang Covid-19 yang melanda sejak dua tahun ini dan juga melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu, bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa atau penjaga dalam menanggung sesi persekolahan yang dijalankan semasa fasa endemik,” katanya.

Katanya, bantuan yang disalurkan kepada mereka yang layak itu diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu serta sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan.

Untuk makluman sehingga kini, seramai 60,558 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM6.72 juta sejak dari tahun 2018. Bagi tahun 2022, sejumlah RM3.0 juta diperuntukan dalam program bantuan persekolahan. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram