Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Adibah Noor

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyanyi dan pelakon Adibah Noor yang meninggal dunia semalam.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan sama menerusi catatan di Facebook Istana Negara hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Adibah Noor dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar selain tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Baca artikel berkaitan: Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan

“Seri Paduka Baginda turut menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai kehilangan besar kepada dunia seni tanah air,” menurut catatan itu.

Adibah Noor Mohamed Omar, 51, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira 7.45 malam semalam akibat kanser ovari tahap empat.

Jenazah Allahyarhamah dimandi dan dikafan di Masjid Al-Ansar Taman Keramat, kira-kira 9.20 pagi tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, di sini sekitar 12 tengah hari.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This