JENAZAH penyanyi Adibah Noor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur pukul 11.30 pagi tadi.
Bapa arwah iaitu Mohamed Omar Zainal Abidin, 89, turut berada di pusara Allahyarham anaknya.
Malah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzli turut hadir memberi penghormatan terakhir selain rakan-rakan artis dan ahli keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN : Adibah Noor meninggal dunia , Ismail Sabri, Anwar Ibrahim zahir ucapan takziah atas pemergian Adibah Noor , Aliff Aziz terkejut tapi syukur sempat melihat wajah arwah Adibah Noor buat kali terakhir
Antara rakan selebriti yang hadir ialah Datuk M.Nasir, Datuk Hans Isaac, Datuk Afdlin Shauki, Anuar Zain, Suki Low, Remy Ishak, Nikki Palikat, Saiful Apek dan ramai lagi.
Terdahulu, jenazah Allahyarham dimandi, dikafankan dan disolatkan di Masjid Al Ansar, Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Semalam, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian selebriti versatil itu akibat kanser ovari tahap empat.
Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 52 tahun di Hospital Gleanegles, Ampang, sekitar pukul 7.40 malam.

